Dewan Negeri Selangor tidak akan dibubarkan sekiranya Pilihan Raya Umum (PRU) ke 15 diadakan pada tahun ini.
Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, kerajaan Pakatan Harapan (PH) Selangor memilih untuk membubarkan DUN sehingga tamat penggal, iaitu pada tahun 2023 sekiranya diperkenankan oleh Sultan Selangor.
"Hasil perbincangan saya dengan beberapa rakan Menteri Besar Pakatan Harapan (PH), kami sepakat adalah lebih baik dan berkesan jika pentadbiran ini diselesaikan sehingga penggal berakhir iaitu antara April dan Mei tahun hadapan.
"Bagaimanapun perkara itu masih bergantung kepada perkenan Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah,” katanya dpetik Bernama.
Tegas Amirudin, banyak perancangan dan projek untuk rakyat Selangor masih belum selesai kerana tergendala akibat wabak Covid 19 selama 2 tahun.
Keputusan pengerusi PH Selangor itu juga selari dengan MB Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun semalam yang berkata DUN hanya dibubarkan selepas tempoh penggal berakhir tahun hadapan dan perkara itu sudah dibincangkan bersama lima negeri lain ketika menghadiri Mesyuarat Majlis Raja-Raja, baru-baru ini.
Sebelum ini, Presiden PAS Tan Sri Abdul Hadi Awang turut mengeluarkan kenyataan bahawa ketiga tiga negeri yang ditadbir Pas, iaitu Kedah, Kelantan dan Terengganu hanya akan mengadakan pilihan raya apabila tempoh penggal tamat pada pertengahan 2023.
Comments