top of page

Selangor tidak akan benarkan sentimen perkauman berakar umbi - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 8
  • 1 min read

DS Amirudin merasmikan Larian Run For Peace anjuran Persatuan Soka Gakkai Malaysia di Klang
DS Amirudin merasmikan Larian Run For Peace anjuran Persatuan Soka Gakkai Malaysia di Klang

Kerajaan Selangor tidak akan membiarkan sentimen perkauman berakar umbi di negeri itu kerana ia boleh meruntuhkan asas perpaduan yang menjadi tonggak kekuatan negara.


Menteri Besar, Datuk Seri Amiruddin Shari berkata, sehubungan itu rakyat khususnya di Selangor diseru menghargai perbezaan budaya dan kaum dan menghayati semangat masyarakat majmuk agar perpaduan dapat terus dikukuhkan.


"Perdana menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) baru-baru ini ketika di China menyebut kepentingan untuk kita kembali kepada semangat masyarakat majmuk (multiculturalism), menghargai perbezaan budaya dan kaum.


"Sebagai pemimpin, saya tidak akan membiarkan sentimen perkauman ini terus membiak dalam negeri kita. Kita mesti hentikan budaya menyemai kebencian antara kaum.


"Kerajaan Negeri Selangor sentiasa komited memelihara keamanan, keharmonian dan perpaduan di negeri ini yang menjadi rumah kepada lebih 7.3 juta penduduk," katanya dipetik.


Amiruddin berkata demikian dalam satu sidang media selepas merasmikan Larian Run For Peace anjuran Persatuan Soka Gakkai Malaysia di Padang Awam Taman Klang Jaya pada Ahad.


Minggu lalu, Kerajaan Negeri membidas percubaan pihak tidak bertanggungjawan yang cuba memanipulasi keputusan Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah kepada sekolah aliran Cina.


Sambil menyifatkan fitnah tersebut berniat mengganggu-gugat keharmonian kaum di negeri ini, Kerajaan Negeri menegaskan pemberian tanah untuk sekolah bukan perkara baharu dan tidak terhad kepada Sekolah Cina semata-mata.


Kerajaan Negeri memperuntukkan tanah kepada Pusat Pendidikan Al-Amin di Gombak yang berdepan isu kepadatan pelajar dan RM300,000 kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Midlands bagi tujuan pembinaan bangunan asrama.


Menerusi satu kenyataan, Kerajaan Negeri menegaskan isu bantuan kepada sekolah tidak wajar dimanipulasi bagi menimbulkan syak wasangka antara kaum.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page