top of page

Selangor terus prihatin: Program Kesihatan Warga Emas dilancar

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 3 days ago
  • 2 min read

DS Amirudin dan Jamaliah (dua dari kiri) berkesempatan beramah mesra dengan warga emas
DS Amirudin dan Jamaliah (dua dari kiri) berkesempatan beramah mesra dengan warga emas

Kerajaan Negeri Selangor terus mengukuhkan komitmen menjaga kebajikan rakyat, khususnya golongan warga emas menerusi pelancaran Program Kesihatan Warga Emas.


Program saringan percuma itu merupakan langkah intervensi awal mencegah keuzuran dan komplikasi kesihatan jangka panjang dan akan dilaksanakan di sembilan daerah seluruh negeri melibatkan 22 lokasi dengan menyasarkan saringan kesihatan secara percuma terhadap 3,000 warga emas.


Pelancaran ini adalah sebahagian daripada usaha berterusan Kerajaan Negeri untuk memastikan rakyat Selangor, terutama kumpulan rentan, mendapat akses kepada penjagaan kesihatan yang menyeluruh dan berkesan.


"Ia bukan sahaja merangkumi saringan kesihatan percuma, malah turut menawarkan aktiviti senaman, buku panduan penjagaan diri, dan nasihat pemakanan sihat — semuanya demi memastikan warga emas kita kekal aktif dan sihat," kata Exco Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaluddin dipetik pada pelancaran program itu semalam.


Majlis perasmian diserikan dengan kehadiran Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari yang meluangkan masa meninjau aktiviti saringan serta menyantuni warga emas yang hadir.


Sementara itu menurut Jamaliah, program tersebut merupakan sebahagian daripada peruntukan besar sebanyak RM40 juta yang telah disalurkan oleh Kerajaan Negeri untuk sektor kesihatan awam tahun ini.


Beliau berharap, dengan adanya inisiatif ini, ia akan dapat mengurangkan beban penjagaan kesihatan yang semakin mencabar bagi ahli keluarga, terutamanya anak-anak muda yang terpaksa menjaga ibu bapa mereka dalam keadaan kos penjagaan yang tinggi.


"Kos penjagaan yang terlalu mahal memberi kesan kepada pasangan muda yang perlu menjaga ibu bapa, termasuk dari segi ekonomi apabila terpaksa mengambil cuti atau tidak dapat bekerja dengan baik.


"Kerajaan Negeri memahami realiti semasa dan mengambil pendekatan proaktif dengan memperkenalkan program seperti ini – selari dengan semangat Selangor Penyayang di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan MADANI," ujarnya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page