top of page

Selangor terus perkasakan sektor pelancongan lestari - Menteri Besar

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 9
  • 1 min read

MB Selangor mencuba salah satu permainan di Karnival Ban Canal, Sabak Bernam
MB Selangor mencuba salah satu permainan di Karnival Ban Canal, Sabak Bernam

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor terus komited mempromosikan pelancongan berasaskan ekologi, budaya dan pertanian sebagai pemacu ekonomi rakyat.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, penganjuran Karnival Ban Canal merupakan contoh inisiatif bagi memperkukuh potensi Sabak Bernam sebagai destinasi pelancongan lestari.


"Karnival Ban Canal 2024 diiktiraf sebagai Best Tourism Event oleh MITDA, sekali gus menjadikan Sabak Bernam sebagai ‘pameran hidup’ yang mempamerkan warisan budaya, ekologi dan tarikan semula jadi serta mengukuhkan hubungan komuniti dengan pelancong.


"Ban Canal bukan sekadar lokasi pelancongan, tetapi model pembangunan mampan yang menyokong pencalonan Sabak Bernam sebagai Rizab Biosfera UNESCO serta memacu ekonomi setempat melalui aktiviti komuniti dan pelancongan sukan," katanya menerusi hantaran di Facebook.


Karnival edisi terbaru ini dianjurkan oleh Sabak Bernam Development Area (SABDA) dengan kerjasama Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) dan rakan strategik, berlangsung selama tiga hari hingga 9 November, dengan sasaran kehadiran lebih 20,000 pengunjung.


Pelbagai aktiviti ditawarkan, termasuk sukan air, Larian Santai @Bendang, pameran agro, kempen hijau dan jualan produk tempatan, memberi peluang kepada usahawan kecil dan sederhana memasarkan produk mereka serta menggalakkan pertumbuhan ekonomi mikro setempat.


Bertemakan “Alam, Budaya, Lestari”, penganjuran kali ini turut meraih pengiktirafan ‘Best Tourism Event’ dalam Anugerah Industri Pelancongan 2025 anjuran Malaysia International Tourism Development Association (MITDA).


"Kerajaan Negeri akan terus memastikan setiap program pelancongan memberi manfaat langsung kepada rakyat, selain meningkatkan kesedaran terhadap pemeliharaan alam sekitar," tambah Amirudin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page