Selangor teroka kerjasama ESG, pembangunan bakat bersama CCCC
- Suara Keadilan

- 2 days ago
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Isnin mengadakan pertemuan bersama delegasi China Communications Construction Company (CCCC) yang diketuai Pengerusinya, Mr Song Hailiang, yang kini dalam lawatan kerja ke Malaysia.
Pertemuan susulan itu diadakan selepas pertemuan pertama delegasi Selangor dengan CCCC di China pada September lalu, sekali gus mencerminkan kesinambungan hubungan dua hala yang semakin kukuh antara kerajaan negeri dan syarikat pembinaan terkemuka dari China itu.
"Dalam mesyuarat ini, kami bertukar pandangan mengenai perkembangan semasa projek ECRL di Selangor.
"Mesyuarat turut meneroka potensi kerjasama strategik lain termasuk latihan dan pembangunan bakat tempatan serta pelaksanaan prinsip Environmental, Social and Governance (ESG) bagi memastikan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab," kata Amirudin menerusi hantaran di media sosial.
Dalam pada itu beliau menegaskan, pertemuan mencerminkan komitmen berterusan Kerajaan Negeri Selangor dalam memperkukuh kerjasama antarabangsa demi menyokong agenda pembangunan negara.
"Usaha ini penting bagi memastikan Selangor terus berkembang sebagai negeri yang inklusif, berdaya saing dan bersedia menghadapi cabaran masa depan," tambahnya.









Comments