top of page

Selangor terajui dasar pro-pekerja, galak majikan buka taska

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 10
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor terus berusaha menjadi negeri contoh dalam memperkenal dasar yang mengutamakan kepentingan rakyat.


Exco Kebajikan Masyarakat Selangor Anfaal Saari (gambar) memaklumkan, Kerajaan Negeri kini sedang dalam proses penelitian untuk melaksana projek rintis yang menggalakkan lebih banyak syarikat dan penggiat industri menyediakan kemudahan penjagaan anak di premis masing-masing


"Inisiatif di bawah Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI ini sedang dalam peringkat perbincangan terperinci, ia dijangka akan dilaksana di kawasan berpopulasi tinggi kanak-kanak seperti Petaling dan Gombak.


"Kita mahu Selangor menjadi contoh kepada syarikat lain dalam menyediakan ruang khas atau pusat jagaan dalam lingkungan satu kilometer dari tempat kerja," katanya.


Anfaal sebelumnya hadir ke sesi dialog Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor (SICS) 2025 sempena Sidang Kemuncak Perniagaan Antarabangsa Selangor (SIBS) di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, pada Khamis.


Pada sesi dialog itu, beliau mencadangkan agar kerajaan memperkenal subsidi tambahan kepada operator taska bagi mengurangkan beban kewangan mereka sekaligus memastikan kelangsungan industri tersebut.


"Kita sedar operator berdepan cabaran — tidak dapat menaikkan yuran, tetapi pada masa sama terpaksa menanggung kos operasi yang tinggi.


"Sebab itu, kita cadangkan supaya kerajaan tampil dengan bentuk subsidi yang lebih kreatif bagi menyokong pengusaha taska dan memastikan sektor penjagaan kanak-kanak terus berkembang," ujarnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page