top of page

Selangor tempat keempat jangkitan Covid ikut nisbah penduduk


Negeri Selangor bukanlah yang teratas dalam kes jangkitan harian Covid 19 jika berdasarkan nisbah penduduk kerana negeri itu mempunyai 6.9 juta populasi.


Oleh yang demikian, Pengerusi Pasukan Petugas Pencegahan Covid-19 Selangor (STFC), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, cadangan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) penuh adalah tidak wajar dilakukan.


Sebaliknya, beliau menyarankan agar PKP lebih bersasar dikuatkuasakan di Selangor.


"Selangor tidak boleh dikatakan yang paling parah kes Covid-19 kerana negeri ini menduduki tempat keempat selepas Sabah, Kuala Lumpur dan Sarawak dari segi nisbah penduduk.


"Selain itu, kebolehjangkitan juga bukanlah tinggi berbanding negeri lain. Kita mahu ‘lockdown’ yang lebih tersasar, lebih efektif dan lebih berkesan," katanya dipetik.


Ahli Parlimen Kuala Selangor itu turut mengingatkan Kerajaan Persekutuan mengenai penderitaan rakyat seperti golongan peniaga, pekerja dan pelajar yang bakal terjejas teruk jika PKP penuh dilaksanakan.


Semalam, Kementerian Kesihatan bercadang menguatkuasakan PKP penuh dan lebih ketat di Selangor jika usaha sedia ada gagal mengekang penularan wabak.


Cadangan itu disambut oleh beberapa wakil rakyat Selangor agar Kerajaan Persekutuan memberikan bantuan penuh sebagaimana PKP 1.0 kepada rakyat yang terjejas.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page