Selangor teliti cadangan tambah nilai bantuan kepada mangsa banjir
- Suara Keadilan

- Dec 7
- 1 min read

Kerajaan Selangor akan meneliti cadangan menaikkan bantuan tunai kepada mangsa yang terjejas teruk akibat banjir di negeri itu.
Exco Pengurusan Bencana negeri Selangor, Najwan Halimi (gambar) berkata, pihaknya mengambil maklum cadangan dilontarkan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Kemuning, S Preakas itu dan akan membawanya ke Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN).
"Kita akan bincang dalam mesyuarat MMKN. Setiap keputusan perlu ambil kira pelbagai aspek," katanya dipetik.
Difahamkan, Kerajaan pusat melalui Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) menyalurkan RM1,000 kepada setiap keluarga yang terjejas dan ditempatkan ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS).
Manakala pada 25 November lalu, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari memaklumkan, Kerajaan Negeri akan menyalurkan bantuan RM500 disalurkan kepada 750 keluarga disahkan berdaftar di beberapa PPS di negeri itu.
Bagaimanapun menurut S Preakas, penduduk mengeluh kerana kerugian ditanggung tidak setimpal dengan bantuan diterima.
Beliau turut menggesa kerajaan mewujudkan skim insurans bencana khas untuk kawasan ‘hotspot’ banjir terutama bagi golongan berpendapatan rendah (B40) yang tidak mampu mendapatkan insurans persendirian.
"Kita juga akan meneliti cadangan supaya kerajaan negeri mewujudkan skim insurans bencana khas untuk kawasan ‘hotspot’ banjir," tambah Najwan yang juga ADN Kota Anggerik.









Comments