top of page

Selangor tekad akan teruskan inisiatif membela rakyat



Kerajaan Negeri akan meneruskan inisiatif untuk membela rakyat sama ada daripada segi bantuan kewangan, kebajikan atau kesihatan.


Hal itu ditegaskan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dalam ucapan di majlis Rumah Terbuka Jelajah #KitaSelangor Aidilfitri Daerah Sepang, malam tadi.


"Kita laksanakan banyak inisiatif baru supaya nasib warga Selangor baik dan sejahtera

"Baru baru ini ada pihak pertikai bahawa 1.64% warga Selangor berada dalam kemiskinan mutlak. Jumlah ini sekitar 86,000 keluarga, Kerajaan Negeri tidak tunggu teguran itu kerana kita telah sediakan inisitif, iaitu program Bingkas untuk 30,000 keluarga dan memperuntukkan lebih RM50 juta.


"Kerajaan juga dengan gembira telah berjaya melaksanakan program Insan untuk insurans rakyat.


"Saya semak tidak ada negeri di Malaysia, malahan tidak ada kawasan di mana mana di Asia Tenggara yang berkemampuan memberi insurans kepada rakyatnya, dan ianya hanya ada di Selangor.


"Kita juga akan melancarkan Insan Takaful untuk orang Islam agar yang mengambil skim insurans ini tidak melanggar syariah. Kerajaan akan membelanjakan tambahan RM6 - 7 juta daripada peruntukan sedia ada demi memastikan rakyat mendapat perlindungan," katanya.


Menurut Amirudin lagi, Selangor mampu melakukan itu semua kerana kewangan negeri yang stabil dan tekal.


Beliau dalam ucapannya turut memuji pihak berkuasa tempatan di Sepang yang mengalami peningkatan hasil sehingga 800% dan pastinya lebih banyak kebajikan boleh disediakan oleh kerajaan pada masa hadapan.


Beliau juga katanya, keadaan akan menjadi lebih baik apabila Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan selepas ini sealun dengan parti memerintah yang sama berkuasa di kedua dua peringkat pentadbiran andainya rakyat Selangor mengekalkan kemenangan Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Negeri pada Julai nanti.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page