top of page

Selangor tegas pertahan kesucian Islam, pantau fahaman menyeleweng

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 21
  • 1 min read
ree

Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Negeri Selangor menegaskan komitmennya untuk terus mempertahankan kesucian agama Islam daripada dicemari fahaman yang bertentangan dengan ajaran sebenar.


Exco Hal Ehwal Agama Islam Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, pihaknya akan meneruskan usaha pemantauan, pengesanan dan tindakan penguatkuasaan terhadap mana-mana individu yang mengamalkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama.


"Kerajaan Negeri akan terus melaksanakan pemantauan dan penguatkuasaan berdasarkan undang-undang sedia ada.


"Usaha berterusan ini penting bagi memastikan tiada ruang untuk fahaman yang menyeleweng dan bertentangan dengan ajaran Islam bertapak di Selangor," katanya dalam satu kenyataan.


Kenyataan itu susulan keputusan Mahkamah Persekutuan pada Khamis yang mengekalkan fatwa Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor bertarikh 31 Julai 2014, yang mengisytiharkan fahaman liberalisme dan pluralisme agama sebagai sesat dan menyeleweng.


Namun, dalam keputusan itu, mahkamah memutuskan bahawa fatwa berkenaan hanya terpakai kepada individu beragama Islam, dan tidak melibatkan organisasi atau entiti lain seperti SIS Forum (Malaysia), yang tidak mempunyai kapasiti untuk bertaubat seperti yang dicadangkan dalam kandungan fatwa tersebut.


Dalam pada itu, Dr Mohammad Fahmi menyeru orang ramai untuk tampil menyalurkan maklumat kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sekiranya terdapat bukti pengamalan atau penyebaran fahaman berkenaan.


"Kerajaan Selangor tetap konsisten dalam menjunjung ketetapan fatwa ini demi menjaga akidah umat Islam dan memelihara kesucian syiar Islam di negeri ini," katanya lagi.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page