top of page

Selangor tawar pembiayaan RM30,000 melalui insiatif DUMS



Kerajaan Negeri Selangor pada Isnin melancarkan Dana Usahawan Madani Selangor (DUMS) sebagai langkah menyokong pembangunan usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri itu.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya memperuntukkan RM2 juta bagi menjayakan inisiatif itu yang dijenamakan semula daripada Dana Usahawan Mikro Selangor.


Menurutnya, skop DUMS turut diperluas kepada bidang ekonomi kreatif melibatkan industri kreatif multimedia, seni budaya dan warisan budaya berbanding sebelum ini dan dijangka memberi manfaat kepada 145 usahawan.


"Jika dulu (bantuan) lebih tertumpu kepada usahawan mikro bidang makanan, minuman atau jahitan, kini diperluas kepada ekonomi kreatif tahun ini. Contohnya ada usahawan (kecil) yang terlibat dalam bidang fotografi (termasuk dalam sektor yang diperluaskan).


"Bentuk bantuan yang ditawarkan adalah peralatan atau perkakasan kegunaan perniagaan yang dapat meningkatkan produktiviti produk atau perkhidmatan dengan had nilai bantuan sehingga RM30,000," katanya dipetik selepas melancarkan DUMS di bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri di Shah Alam.


Sementara itu menurut Amirudin, pemohon boleh mendapatkan borang permohonan di Pejabat Daerah atau Tanah dengan dokumen sokongan lengkap.


Antara syarat kelayakan termasuk pemohon rakyat Selangor atau bermastautin lebih daripada 10 tahun dan mengusahakan perusahaan kategori mikro, kecil atau sederhana.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page