top of page

Selangor tarik pelaburan RM88.88 bilion sejak 2018 - MB


Oleh: Helmi Mohd Foad


Kerajaan Negeri Selangor berjaya menarik pelaburan berjumlah RM88.88 bilion sejak tahun 2018 sehingga Jun lalu meliputi 1,506 projek perkilangan, kata Datuk Seri Amirudin Shari.


Menteri Besar berkata daripada keseluruhan jumlah itu, RM53 bilion melibatkan pelaburan modal asing manakala baki RM35.88 bilion datang dari tempatan.


"Sebanyak 95,610 potensi peluang pekerjaaan juga telah diwujudkan untuk dinikmati rakyat negeri ini. Antara industri yang menjadi tumpuan adalah sains hayat, pembuatan makanan dan minuman serta produk elektrik dan elektronik.


"Malah untuk menggalakkan lagi nilai pelaburan, kelengkapan serta pengangkutan seperti aeroangkasa dan dron turut memacu ekonomi negeri," kata beliau dalam kenyataan hari ini.


Amirudin berkata promosi pelaburan secara fizikal atau dalam talian dengan pihak dewan perniagaan tempatan dan luar negara juga rancak.


Jelas beliau kerajaan negeri turut mengenal pasti sektor perkhidmatan berpotensi seperti perkhidmatan logistik, pelaburan digital seperti perniagaan perkhidmatan global, pusat data dan teknologi kreatif.


"Insya-Allah, kejayaan ini akan terus ditingkatkan dan dikembangkan demi kemakmuran rakyat Selangor," katanya.




0 comments

Recent Posts

See All

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page