top of page

Selangor tambah kemudahan perubatan ekoran kenaikan jumlah pesakit Covid 19


Lebih banyak kemudahan katil di Unit Rawatan Rapi (ICU) akan disediakan berikutan pertambahan mendadak kes harian Covid 19 di Selangor.


Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari, sebanyak 300 katil tambahan di ICU akan disediakan. Begitu juga sejumlah 1,300 katil akan ditambah di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS).


"Saya juga telah dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor (JKNS) mengenai penambahan kelengkapan ICU dan jumlah katil bagi pesakit Covid-19 di Selangor.


"Kemudahan seperti 20 unit khemah lengkap dengan kipas, kerusi dan sistem P. A turut ditambahbaik di CAC Petaling iaitu Stadium Malawati sejak 16 Mei lagi untuk keselesaan orang ramai," katanya dalam satu kenyataan.


Tambah Amirudin, ketetapan baharu turut dibuat agar MAEPS Serdang hanya akan merawat pesakit dari Selangor dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja susulan keputusan mewujudkan PKRC di beberapa negeri lain di wilayah tengah seperti Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor.


Kerajaan negeri juga katanya, akan menyediakan 150 sukarelawan terdiri daripada penjawat awam, penguatkuasa Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), petugas perubatan SELCARE serta pelajar perubatan universiti swasta yang akan membantu kelancaran operasi di CAC terutama di Stadium Malawati.


"Pertambahan sukarelawan ini akan membantu pengurusan trafik, pengurusan pesakit Covid-19 serta penilaian pesakit," ujarnya.


Manakala mulai minggu hadapan, kata Amirudin, Kerajaan Negeri akan mewujudkan kaunter khas bagi tujuan pemotongan gelang atau penamatan kuarantin di rumah memandangkan 48 peratus pengunjung yang hadir ke CAC Stadium Malawati adalah bagi urusan terbabit.


“Ini bagi mengurangkan kesesakan di CAC Stadium Malawati serta pada masa yang sama mengurangkan risiko jangkitan kepada mereka yang telah tamat kuarantin,” katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page