top of page

Selangor tambah 656 guru Kafa berperingkat sehingga 2027



Seramai 150 orang guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) akan dilantik di negeri Selangor tahun ini untuk memastikan kualiti pengajaran Islam ditingkatkan.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata ia sebahagian dari 656 guru Kafa yang akan dilantik Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) secara berperingkat dalam tempoh lima tahun sehingga 2027.


"Kerajaan Negeri menerima permohonan untuk menambah guru Kafa bagi memastikan kualiti pengajaran kepada pelajar dapat dikekalkan sambil pengurangan beban atas bahu mereka.


"Dengan itu, sebanyak 656 guru Kafa akan dilantik Jais secara berperingkat dalam tempoh lima tahun hingga 2027 dengan langkah awal 150 orang dilantik tahun ini," katanya dalam satu kenyataan sebagai mengulas hasil keputusan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri.


Bagi tujuan itu jelasnya, Kerajaan Negeri akan memperuntuk RM14.55 juta untuk menjayakan usaha meningkatkan kapasiti serta keperluan guru di negeri Selangor.


Dalam kenyataan sama, Amiruddin turut memaklumkan Kerajaan Negeri akan meningkatkan jumlah vaksin pneumokokal yang diberikan secara percuma kepada jemaah haji negeri itu kepada 2,000 dos.


"Sebanyak 1,500 dos telah disediakan secara percuma kepada para Jemaah Haji. Daripada jumlah itu, sebanyak 1,383 dos telah disuntik dan baki sebanyak 117 dos masih terdapat di Klinik Selcare Unisel.


"Disebabkan sambutan yang amat menggalakkan, Kerajaan Negeri akan menambah Vaksin Pneumokokal warga emas Jemaah Haji Negeri Selangor kepada 2,000, iaitu peningkatan 500 dos yang akan diberikan secara percuma.


"Usaha ini diharapkan membela kesihatan para jemaah yang akan menjalankan ibadah di tanah suci pada tahun ini," katanya.

Sebagai rekod, Vaksin Pneumokokal adalah tambahan kepada Vaksin Meningokokal yang diwajibkan bagi para jemaah haji.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page