top of page

Selangor - Switzerland kukuh hubungan strategik antarabangsa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

DS Amirudin meraikan kunjungan hormat Duta Besar Switzerland ke Malaysia, H.E. Chantal Moser
DS Amirudin meraikan kunjungan hormat Duta Besar Switzerland ke Malaysia, H.E. Chantal Moser

Oleh: Azuan Ab Rahman


Selangor terus memperkukuh hubungan strategik antarabangsa terutama dalam bidang berkaitan ekonomi, pendidikan dan pelaburan dengan negara luar.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari pada Rabu menerima kunjungan hormat Duta Besar Switzerland ke Malaysia, H.E. Chantal Moser di pejabat beliau.


Pertemuan itu jelasnya telah dimanfaatkan kedua-dua pihak untuk membincangkan potensi kerjasama dua hala khususnya dalam bidang pendidikan teknikal dan vokasional (TVET).


"Latar belakang diplomatik dan kepakaran ekonomi dimiliki Chantal Moser menjadikan beliau rakan strategik penting dalam mengukuhkan hubungan dua hala.


"Pertemuan memberi tumpuan kepada sektor semikonduktor, penerbangan serta projek Wilayah Pembangunan Bersepadu di Selangor Selatan (IDRISS) yang kini sedang dipacu Kerajaan Negeri.


"Selain itu juga dibincangkan mengenai pelaburan dan perniagaan sedia ada di Selangor, di mana saya menekankan model mesra pelabur negeri ini yang mengutamakan kecekapan serta proses yang lebih pantas," katanya dalam satu kenyataan.


Amirudin turut menjelaskan, selain membincangkan kerjasama strategik, kedua-dua pihak bertukar pandangan mengenai cabaran dalam landskap perdagangan global termasuk implikasi tarif baharu yang dikenakan Amerika Syarikat


"Kerajaan Negeri yakin lawatan ini akan membuka lebih banyak peluang kerjasama dalam inovasi, pelaburan serta pertumbuhan mampan, selain memperkukuh kedudukan Selangor sebagai pintu masuk utama pasaran ASEAN," tambahnya.

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page