top of page

Selangor sumbang RM100,000 kepada persatuan mahasiswa

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jan 25, 2024
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor menyumbang RM100,000 bagi menjaga kebajikan Persatuan Mahasiswa Selangor di Universiti Malaysia Sabah.


Perkara itu dikongsikan Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melalui satu hantaran di laman Facebooknya.


"Sebagai Menteri Besar yang memegang portfolio pendidikan, sudah pasti kebajikan anak-anak mahasiswa Selangor sentiasa menjadi keutamaan saya dan pentadbiran ini. Kerajaan Negeri akan sentiasa mengutamakan agenda pendidikan demi melahirkan generasi anak Selangor yang hebat.


"Saya turut menyampaikan sumbangan RM100,000 kepada Persatuan Mahasiswa Selangor di Universiti Malaysia Sabah dari Kerajaan Negeri Selangor bagi membantu kebajikan anak-anak Selangor di sini.


"Saya mendoakan agar para mahasiswa ini akan pulang dengan kejayaan membanggakan keluarga dan negeri tercinta," katanya dipetik.


Terdahulu, beliau menghadiri Program Jerayawara Kita Selangor dengan bertemu dengan hampir 200 pelajar Selangor di UMS.


Dalam pertemuan sempena lawatan kerja dan sesi pemukiman di Kota Kinabalu, Amirudin turut mendengar cadangan dan luahan pelajar selain membincangkan beberapa perkara.

"Saya mendengar cadangan dan luahan mereka dengan tekun dan teliti. Pelbagai perkara turut kami bincangkan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page