top of page

Selangor sokong program debat, lahir mahasiswa berfikiran kritis

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Mar 12, 2024
  • 1 min read

ree

Kerajaan Selangor akan terus memberikan sokongan kepada penganjuran pertandingan debat antara universiti bagi melahirkan lebih ramai mahasiswa yang bebas mencari ilmu dan menjana pemikiran kritis.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pihaknya yakin melalui penyertaan dalam pertandingan itu dapat melatih peserta untuk berfikir secara rasional seterusnya mengemukakan cadangan bernas.


"InshaAllah, kerajaan negeri akan terus menyokong penganjuran pertandingan debat ini dalam melahirkan lebih ramai mahasiswa yang bebas mencari ilmu pengetahuan dan menjana pemikiran kritis dalam kalangan peserta bagi menyampaikan idea dan membuat maklum balas," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.


Terdahulu Amirudin melahirkan rasa teruja menyaksikan Pertandingan Debat Piala Dato’ Menteri Besar Selangor 2024 kategori Institusi Pengajian Tinggi yang membawa tema “Peranan Mahasiswa Dalam Memperkasa Bangsa Madani" di Selangor Technical Skills Development Centre (STDC), Kuala Selangor semalam.


Beliau mengucapkan tahniah kepada pasukan debat Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang telah muncul sebagai juara manakala Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) sebagai naib juara dan Universiti Pertahanan Nasional Malaya (UPNM) di tempat ketiga.


Sebanyak 47 pasukan dari institusi pengajian tinggi dan 13 pasukan pra universiti mengambil bahagian pada tahun ini yang merupakan edisi ketiga penganjuran.


Pertandingan debat itu pertama kali dianjurkan pada 2019 di Universiti Selangor.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page