top of page

Selangor sedia program khas bantu peniaga kecil perayaan Thaipusam



Keengganan Kerajaan Persekutuan membenarkan peniaga peniaga kecil membuka gerai pada sambutan Thaipusam, sama ada di dalam atau luar kuil pada saat saat akhir dibela oleh kerjaaan Selangor, hari ini.


Menurut Pegawai Khas Perhubungan Masyarakat Datuk Menteri Besar Selangor, Dr Gunaraj George, satu penempatan penjaja akan diusahakan dengan kerjasama Pihak Berkuasa Tempatan bagi menempatkan peniaga untuk menjalankan aktiviti perniagaan dalam jangka masa ditetapkan.


"Saya melalui Pejabat Hal Ehwal Masyarakat kepada YAB Datuk Menteri Besar mengambil satu tanggungjawab dengan memperkenalkan program membantu para peniaga kecil yang terkesan akibat perlaksanaan SOP Perayaan Thaipusam.


"Saya akan berkerjasama dengan Pihak Berkuasa Tempatan di Selangor bagi mendapatkan tempat perniagaan sementara untuk suatu tempoh yang ditetapkan," katanya.


Tambah Ahli Dewan Negeri Sentosa itu, kawal selia tapak tersebut akan dibantu oleh Ahli Majlis dan Ketua Komuniti India dalam menjamin kepatuhan SOP dan perkara perkara berkaitan dalam melancarkan aktiviti perniagaan.


"Ahli-Ahli Majlis dan Ketua Komuniti India Selangor akan bersama-sama membantu bagi menggerakkan program ini terutamanya di Majlis Perbandaran Selayang dan Majlis Perbandaran Kuala Selangor.


"Kerjasama secara menyeluruh daripada Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor bersama dengan Persatuan Peniaga Kecil dapat memastikan program ini dapat dijayakan.


"Inisiatif ini, sedikit sebanyak dapat membantu para peniaga kecil memasarkan produk mereka yang telah tersedia untuk jualan sempena Perayaan Thaipusam," katanya.


Sehubungan itu, peniaga yang memerlukan bantuan boleh menghubungi Ahli Majlis Perbandaran Selayang, saudara Muniandy 013 3766560 dan Ahli Majlis Perbandaran Kuala Selangor, saudara Raja 010 2407886.

0 comments

Commenti


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page