Selangor sedia 60,000 kit saringan kendiri Covid 19, peruntukan RM1juta khairat kematian


Kerajaan Selangor menyediakan beberapa inisiatif terbaru seperti ujian saringan kendiri, peruntukan tambahan untuk khairat kematian dan bantuan untuk pesawah padi.


Mengumumkan peruntukan tersebut petang tadi, Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata, peruntukan terbaharu itu akan memperbaiki strategi perang melawan Covid di negeri berkenaan.


"Sebanyak 60,000 kit percuma saringan kendiri akan diagihkan kepada seluruh negeri Selangor bermula bulan September, khususnya kepada keluarga mangsa yang disahkan positif Covid-19.


"Program ini akan dilaksanakan melalui Pusat Khidmat Masyarakat dan Pejabat Penyelaras DUN.


"Peruntukan tambahan RM1 juta pula akan memberikan RM1,000 bantuan khairat kematian kepada 1,000 lagi keluarga mangsa Covid-19. Permohonan dilanjutkan sehingga 31 Disember 2021," katanya.


Bagi menjamin keselamatan makanan untuk negeri, MB berkata bantuan akan diagihkan kepada lebih 10,000 pesawah untuk memastikan pengeluaran padi kekal pada tahap yang ditetapkan biarpun menghadapi pelbagai cabaran.


"Kerajaan Negeri juga akan menghulurkan bantuan kepada 10,868 golongan pesawah dengan peruntukan RM2,795,085 melalui benih padi, bahan kawalan serangga serta bahan perosak untuk meningkatkan pengeluaran padi sekaligus memelihara keselamatan bekalan makanan ataupun 'food security' pada waktu ini," katanya.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER