top of page

Selangor sedia 5 bas, bawa mahasiswa pulang raya

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Apr 9, 2024
  • 1 min read


Oleh: Azuan Ab Rahman


Kerajaan Selangor menyediakan lima buah bas bagi membawa pulang lebih 180 mahasiswa Selangor daripada beberapa universiti tempatan sempena sambutan Aidilfitri.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari melalui satu hantaran di laman Facebook berkata, program Mahasiswa Selangor Pulang Beraya 2024 melibatkan pelajar Universiti Sains Malaysia, Universiti Tun Hussein Onn Malaysia dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka.


Ia jelasnya akan turut melibatkan mahasiswa di Universiti Sultan Zainal Abidin di Terengganu dan Universiti Malaysia Pahang.


"Program dengan kerjasama Persatuan Mahasiswa Selangor (Permas) Nasional ini bertujuan membantu mahasiswa pulang beraya bersama keluarga.


"Bas ini akan menghantar pelajar ke Terminal Bersepadu Selatan di Kuala Lumpur dan dataran bangunan pentadbiran Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam," katanya melalui hantaran tersebut.


Mengulas lanjut Amirudin berkata, pentadbirannya sentiasa komited menjaga kebajikan mahasiswa termasuk melalui program kali ini yang bertujuan meringankan beban kewangan selain memudahkan mereka pulang beraya.


"Program ini merupakan kesinambungan usaha Kerajaan Negeri membantu mahasiswa pulang semasa era pandemik Covid-19 sebelum ini," katanya lagi.


Ketika sambutan Aidilfitri 2021, Kerajaan Negeri menyediakan kemudahan pengangkutan percuma kepada 352 anak Selangor yang belajar di enam institusi pengajian tinggi seluruh Semenanjung.


Inisiatif berkenaan bagi meringankan beban ibu bapa yang mengalami tekanan kewangan berikutan penularan wabak Covid-19 ketika itu.


Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page