top of page

Selangor sedang muktamadkan inisiatif rawatan dialisis - Exco

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 20
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor sedang‬ memuktamadkan‬‭ penyelarasan‬‭ manfaat‬‭ rawatan‬‭ dialisis.

Exco Kesihatan, Jamaliah Jamaluddin berkata rawatan dialisis itu akan diletakkan di bawah program‬‭ Iltizam‬‭ Selangor‬‭ Sihat‬‭ (ISS) dan bakal menyedia bantuan rawatan sehingga RM10,000.


"Penyelarasan‬‭ manfaat‬‭ rawatan‬‭ dialisis‬‭ ini‬‭ akan‬ membantu‬‭ penerima‬‭ manfaat‬‭ rawatan‬‭ dialisis‬‭ yang‬‭ layak‬ menerima‬‭ bantuan‬‭ rawatan‬‭ berjumlah‬‭ sehingga‬ RM10,000‬‭ berbanding‬‭ RM5,000‬‭ sebelum ini.


"Buat‬‭ masa‬‭ ini,‬‭ had‬‭ bantuan‬‭ rawatan‬‭ asas‬‭ bawah‬‭ ISS ini‬‭ adalah‬‭ berjumlah‬‭ RM70‬‭ bagi‬‭ setiap‬‭ sesi‬‭ rawatan," katanya dipetik pada persidangan Dewan Negeri Selangor di Shah Alam pada Rabu.


Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2025, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM20 juta bagi meneruskan program ISS.


Program itu sebagai bukti komitmen pentadbiran negeri membantu rakyat menerima bantuan rawatan asas secara percuma termasuk manfaat perlindungan kematian dan penyakit kritikal.


Sementara itu Jamaliah memaklumkan, Selcare‬‭ Management‬‭ Sdn Bhd (Selcare) telah melakukan penyelarasan kawalan‬‭ harga‬‭ rawatan‬‭ asas‬‭ terhadap‬‭ klinik‬‭ panel.


Jelasnya, inisiatif menerusi dokumen perjanjian dilaksana bagi memastikan‬‭ caj‬ rawatan‬‭ yang‬‭ dikenakan‬‭ tidak‬‭ membebankan‬‭ kewangan‬‭ penerima‬ manfaat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page