top of page

Selangor sasar tanam lebih 200,000 pokok setahun



Selangor mensasarkan untuk menanam lebih 200,000 pokok di negeri itu setiap tahun, kata Menteri Besar Datuk Seri Amiruddin Shari.


Ditemui selepas merasmikan Fit Malaysia Selangor 2023 di Gamuda Cove Central Park di Kuala Selangor pada Sabtu, Amiruddin berkata usaha itu sebagai komitmen Kerajaan Negeri menyokong inisiatif kerajaan dalam Kempen Penanaman 100 juta Pokok Menjelang 2025 sekali gus mencapai hasrat 54 peratus daripada kawasan Malaysia dihijaukan.


"Kita sasarkan setiap tahun untuk menanam lebih 200,000 pokok untuk menyokong usaha itu.


"Kita juga berbesar hati Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor (Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj) dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor (Tengku Amir Shah) selalu mencemar duli untuk menyertai program penanaman pokok," katanya dipetik.


Dalam program itu Amirudin turut menanam pokok jenis Darma Minyak bagi menyokong kempen berkenaan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page