top of page

Selangor sasar siapkan 6,000 Rumah Selangorku tahun ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Feb 15, 2024
  • 1 min read


Kerajaan Negeri Selangor mensasarkan 6,000 unit Rumah Selangorku dapat disiapkan sepanjang tahun ini.


Exco Perumahan dan Kebudayaan negeri, Borhan Aman Shah berkata, jumlah itu melibatkan 21 projek perumahan yang sedang rancak dibangunkan di seluruh negeri itu.


Jumlah itu jelasnya, termasuk satu projek Rumah Idaman Bandar Saujana Putra di Kuala Langat membabitkan 1,312 unit yang dimajukan Seribu Baiduri Sdn Bhd.

"Semua projek berjalan sejak beberapa tahun lalu dan lebih separuh daripadanya dijangka siap pada enam bulan pertama ini. Apabila siap, kita akan segerakan pemberian kunci supaya pemilik dapat mendiami.


"Kerajaan Negeri turut memfokuskan pembinaan semula rumah terbengkalai serta membaik pulih kemudahan di kediaman projek perumahan rakyat," katanya dipetik.


Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari sebelum ini memaklumkan Kerajaan Negeri telah meluluskan pembangunan sebanyak 245,371 unit kediaman sejak 2014.


Daripada jumlah itu jelasnya, 57,185 unit kediaman dibangunkan Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) serta pemaju perumahan daripada anak syarikat Kerajaan Negeri dan swasta.


Manakala 188,186 unit lagi dalam proses perolehan kelulusan perancangan pembangunan dari jabatan dan agensi teknikal peringkat negeri serta pihak berkuasa tempatan.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page