top of page

Selangor sasar selesai isu hak milik strata 6 pangsapuri - Exco

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read


Kerajaan Selangor menyasarkan isu hak milik strata membabitkan enam pangsapuri di negeri itu termasuk satu di Taman Putra Perdana diselesaikan tahun ini.


Exco perumahan, Datuk Borhan Aman Shah berkata, isu pemilikan strata itu akan diselesaikan dengan menggunakan Dana Strata Selangor yang memperuntuk RM10 juta.


"Di Selangor 648 skim pemajuan melibatkan 138,817 petak kediaman masih belum memiliki hak milik strata sejak 2017. Dengan adanya dana ini, kita sasar enam pangsapuri diselesaikan tahun ini.


"Ini berikutan dana ini membantu pemilik menangani kos berkaitan pengeluaran hak milik seperti bayaran deposit, upah profesional, fi dan sebagainya," katanya dipetik.


Beliau berkata begitu pada program Rewang Komuniti Strata peringkat Majlis Perbandaran Sepang di pekarangan medan selera Taman Putra Perdana di Sepang pada Ahad.


Terdahulu, Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari hadir merasmikan program itu dan turut melancarkan Dana Strata Selangor.


Dana tersebut bertujuan untuk menangani isu pemilikan hak milik strata yang tertunggak, terutamanya melibatkan pembangunan perumahan kos rendah dan sederhana di negeri tersebut


Hal itu sebahagian daripada komitmen kerajaan negeri dalam memastikan kesejahteraan penduduk yang mendiami kediaman strata, terutamanya golongan berpendapatan rendah, dapat ditingkatkan melalui pemilikan hak milik yang sah dan teratur.

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page