top of page

Selangor sasar bina 10 lagi pusat dialisis percuma untuk rakyat




Kerajaan Negeri Selangor pimpinan KEADILAN mensasarkan 15 pusat Dialisis Mesra Selangor yang bakal beroperasi tahun hadapan bagi menampung keperluan pesakit di negeri ini.


Pengerusi Jawatankuasa Tetap Perumahan, Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan, Rodziah Ismail berkata setakat ini lima pusat dialisis telah beroperasi secara percuma sejak 2010 dan dan baki 10 pusat dialisis baharu akan dibangunkan.


Pembangunan pusat dialisis baharu itu jelasnya akan dimulakan di kawasan Program Perumahan Rakyat (PPR) khususnya perumahan kos rendah, antaranya di Klang, Ampang dan Selayang.


"Dianggarkan setiap bulan sekitar 200 orang pesakit akan menerima manfaat di setiap pusat dialisis yang akan dibangunkan berdasarkan rekod pesakit di pusat dialisis sebelum ini," katanya yang juga Ahli Parlimen Ampang.


Rodziah yang juga Ahli Dewan Negeri Batu Tiga ditemui pemberita pada Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dan Penyampaian Sijil kepada Sukarelawan Yayasan Mesra Selangor (YMS), di Shah Alam semalam.

Terdahulu, Rodziah menyaksikan pemeteraian tiga MoU antara anak syarikat kerajaan negeri, YMS dengan tiga rakan strategik iaitu Gedung Penawar Sdn Bhd untuk program Dialisis Mesra Selangor.


Selain program dialisis, YMS akan bekerjasama dengan mudahamal.com bagi program Mesra Qurban dan Noble Care Malaysia Sdn Bhd bagi program Pusat Mesra Wargamas.


Program Mesra Qurban bertujuan mewujudkan platform bagi masyarakat membeli lembu atau kambing bagi ibadah korban, akikah atau kenduri, yang akan diuruskan oleh YMS secara khidmat dari pintu ke pintu bermula 8 Mei ini.


Sementara itu, bagi program Pusat Mesra Wargamas, dijangka lima pusat bakal dibina bagi perkhidmatan menjaga mereka yang mengidap penyakit terminal dan dementia.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page