top of page

Selangor sasar 200 projek bermanfaat melalui RS-1



Rancangan Selangor Pertama (RS-1) yang dilancar olah Kerajaan Negeri bakal menjadi kerangka pembangunan untuk tempoh lima tahun, kata Menteri Besar.


Menurut Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari, dalam tempoh lima tahun akan datang, sebanyak 200 projek bermanfaat kepada rakyat dijangka dapat diadakan dengan meliputi pembangunan wilayah dan kawasan baharu selain membuka lebih banyak peluang ekonomi dan kemudahan untuk rakyat.


"RS-1 membabitkan projek persekutuan seperti LRT (transit aliran ringan), projek swasta dan awam.


"Selain itu juga ada projek oleh Kerajaan Negeri seperti pendalaman Sungai Klang dan Skim Jaminan Air Mentah yang akan sempurna hujung tahun ini atau 2024 bagi mengelakkan pencemaran.


"Kita cuba bangunkan infrastruktur, gabungkan jaringan kemudahan dan jalur lebar untuk kemudahan rakyat termasuk di Gombak," katanya dipetik


Naib Presiden KEADILAN itu berkata demkian ketika ditemui media selepas menghadiri sambutan Tahun Baharu Cina Parlimen Gombak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang yang diadakan di tapak bazar Ramadan Taman Melawati, semalam.


Untuk rekod, Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) pada Ogos lalu meluluskan usul projek pembangunan RS-1 2021-2025 berjumlah RM212.44 bilion yang dibawakan MB.


Rancangan itu menggariskan empat teras strategik meliputi pengukuhan sektor ekonomi, membina kesejahteraan rakyat dan keterangkuman sosial, memacu agenda kelestarian serta peningkatan kecekapan tadbir urus bagi melihat keberkesanan projek pembangunan negeri dalam tempoh lima tahun.


RS-1 yang telah dimulakan tahun lalu itu turut mengambil kira aspek pelaksanaan dasar, projek dan inisiatif menyeluruh antara Kerajaan Negeri dan persekutuan tanpa mengetepikan pelan lima tahun Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12) yang masih berjalan dan memberi kesan kepada Selangor.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page