top of page

Selangor sasar 100,000 peniaga sertai PLATS - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jul 16
  • 1 min read

ree

Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuh usaha menjadikan negeri itu sebagai negeri pintar dengan memacu transformasi digital dalam kalangan peniaga menerusi program digitalisasi Platform Selangor (PLATS)

Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, sejak diperkenalkan pada 2020 PLATS bukan sahaja memudahkan urusan perniagaan malah berjaya meningkatkan pendapatan peniaga.


Justeru dengan kelebihan itu, beliau meletak sasaran 100,000 peniaga di Selangor akan menyertai program berkenaan menjelang tahun depan.


"Jumlah peniaga yang sertai PLATS kini mencecah 88,000 dan kini kita hanya perlu menambah keistimewaan sedia ada supaya lebih ramai peniaga dapat transformasi perniagaan kepada digitalisasi.


"Menerusi PLATS, peniaga bukan hanya dibantu dalam aspek kewangan sahaja tetapi kita berikan baucar supaya pendapatan meningkat," katanya dipetik.


Amiruddin berkata begitu pada majlis jalinan sinergi dan apresiasi rakan strategik PLATS 2025 di foyer Bangunan SUK di Shah Alam pada Selasa.


PLATS bertujuan melengkapkan ekosistem Agenda Digitalisasi Selangor. Program itu sebelum ini menumpukan kedai makan, restoran, penjaja dan pasar malam bakal diperluas kepada peniaga barangan basah dan kering.


Menurut Amiruddin, pihaknya merancang untuk mengembangkan program tersebut ke pasar awam di semua Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di negeri itu.


Sementara itu, Exco Keusahawanan Mohd Najwan Halimi berkata pihaknya dari semasa ke semasa membuat buat semakan kepada program itu daripada pelbagai sudut supaya dapat ditambah baik.


Justeru Kerajaan Negeri bercadang melibatkan usahawan industri ekonomi kreatif bagi memperluas jaringan termasuk penggiat seni, sastera, animasi dan fotografi pada masa depan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page