top of page

Selangor santuni jemaah haji melalui bantuan RM6 juta setahun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 5
  • 1 min read
Saifuddin menghadiri majlis menyantuni 90 duyufurrahman sekitar DUN Batang Kali, Selangor
Saifuddin menghadiri majlis menyantuni 90 duyufurrahman sekitar DUN Batang Kali, Selangor

Oleh: Azuan Ab Rahman


Keprihatinan Kerajaan Negeri Selangor terhadap kebajikan rakyat terus dizahirkan menerusi pelbagai bentuk bantuan, termasuk Insentif Haji Muassasah yang disalurkan menerusi Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) [MBI] .


Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Saifuddin Shafi Muhammad berkata, sejak tahun lalu, Kerajaan Negeri menyalurkan peruntukan RM6 juta setahun bagi membantu meringankan kos perjalanan 6,000 jemaah haji sekaligus membuktikan komitmen mengangkat syiar Islam.


"Setiap jemaah menerima bantuan sebanyak RM1,000. Meskipun jumlah itu mungkin kecil bagi yang berkemampuan, namun ia amat bermakna buat mereka yang benar-benar memerlukan.


"Inilah bukti kesungguhan Kerajaan Negeri dalam mengangkat martabat Islam dan memperkukuh kedudukan umat Melayu di Selangor," katanya menerusi satu perkongsian di Facebook.


Saifuddin sebelumnya menghadiri majlis santuni 90 duyufurrahman (tetamu Allah) sekitar DUN Batang Kali yang diadakan di Masjid Nurul Iman, Serendah, pada Sabtu.


Turut hadir Penolong Pengurus Besar Yayasan MBI, Hazwani Sabudin, serta pimpinan tempatan termasuk Nazir dan pengurusan masjid, Penghulu Mukim Serendah, Pengerusi JPKK Kampung Dato’ Harun.


"Program ini mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat terus dipelihara, selaras dengan prinsip Selangor Rahmah dan Progresif yang menekankan aspek kemanusiaan, keadilan sosial dan keberkatan hidup.


"Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan usaha ini," tambah beliau yang juga Penyelaras DUN Batang Kali.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page