top of page

Selangor peruntukkan RM5 juta pendidikan kanak-kanak istimewa



Kerajaan Negeri Selangor terus melaksana beberapa program untuk memastikan rakyat di negeri itu dapat hidup dengan lebih sejahtera.


Terbaharu, Kerajaan Negeri pimpinan KEADILAN itu mengumumkan tambahan peruntukan kepada RM5 juta berbanding hanya RM3 juta sebelum ini untuk meningkatkan keupayaan kanak-kanak istimewa di Selangor melalui pendidikan.


"Bukan itu sahaja, kewujudan Jabatan Anak Istimewa Selangor (AnIS) menjadikan Selangor satu-satu negeri yang mempunyai jabatan khas untuk menjaga kebajikan golongan ini.


"Pelbagai program dirangka daripada memberi bantuan, melatih pendidik sehinggalah memberi kemahiran bekerja,” kata Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari dalam satu kenyataan.


Sementara itu jelasnya, Kerajaan Negeri juga berhasrat mewujudkan Pusat Prasekolah AnIS di setiap Pihak Berkuasa Tempatan.


Melalui usaha menubuhkan pusat jagaan harian anak kelainan upaya (OKU) berusia lima hingga enam tahun itu, jelasnya, akan sedikit sebanyak membantu meringankan beban ibu bapa kurang berkemampuan.


Ketika ini katanya, hampir 100 permohonan telah dibuat ibu bapa untuk memasukkan anak mereka ke Prasekolah AnIS pertama yang ditubuhkan di Seksyen 7, Shah Alam dengan 35 daripadanya sedang mengikuti pembelajaran.

0 comments

Yorumlar


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page