top of page

Selangor peruntukan RM5 juta siapsiaga hadapi banjir



Tidak seperti Kerajaan Negeri BN yang telah dibubarkan dan sibuk berkempen meraih undi rakyat untuk kembali berkuasa selepas Pilihan Raya Umum ke 15, Kerajaan Pakatan Harapan Selangor sebaliknya memperuntukkan RM5 juta untuk kesiapsiagaan penuh menghadapi banjir yang dijangka pada pertengahan November ini.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, peruntukan tersebut digunakan untuk menyediakan latihan simulasi, pemantauan berterusan serta membeli peralatan khusus menghadapi bencana alam.


"Peruntukan ini juga bagi membeli alatan komunikasi seperti telefon satelit kerana bimbang jika bekalan elektrik terputus seterusnya menganggu komunikasi.


"Pengurusan komunikasi berkesan sangat penting bagi kelancaran operasi menyelamat.


"Selain itu, 796 pusat pemindahan sementara (PPS) diwarta dan boleh menampung sehingga 151,000 mangsa banjir. Juga 164 bot, lori serta pacuan empat roda turut ditempatkan di semua daerah," katanya hari ini.


Tegas MB, pengalaman banjir besar pada Disember tahun lalu menjadi panduan penambahbaikan dengan menggandakan persiapan dan jentera serta pengemaskinian Prosidur Operasi Piawai bagi menghadapi bencana.


Tambahnya, semua agensi telah diberi arahan supaya sentiasa peka dan bersiap sedia pada setiap masa.

 
 

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page