top of page

Selangor peruntuk RM1 Juta perkukuh peranan MIHC, MAPIM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 4
  • 1 min read

DS Amirudin (berbaju putih) meninjau pusat MAPIM Central Warehouse di Sepang, semalam
DS Amirudin (berbaju putih) meninjau pusat MAPIM Central Warehouse di Sepang, semalam

Kerajaan Negeri Selangor menegaskan komitmen terhadap agenda kemanusiaan global dengan memperuntukkan sebanyak RM1 juta kepada Malaysian International Humanitarian Center (MIHC) sepanjang tahun ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, dana itu bertujuan memperkukuh operasi bantuan bersama Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), sekaligus membuktikan bahawa Selangor bukan sahaja maju dari segi ekonomi, malah mendahului dalam memperjuangkan nilai kemanusiaan sejagat.


"Inilah semangat negeri Selangor yang berpegang kepada nilai kesabaran, kasih sayang dan solidariti terhadap rakyat Palestin. Kita harap sokongan rakyat akan berterusan melalui Mapim dan MIHC," katanya dipetik pada sidang media di MAPIM Central Warehouse di Sepang, malam Jumaat.

Penaung Bersama Global Sumud Flotilla (GSF) itu turut menjelaskan, MIHC dan MAPIM tidak hanya menumpukan kepada krisis kemanusiaan antarabangsa terutama Palestin, malah merangkumi bantuan dalam negara.


"MIHC berperanan sebagai pusat koordinasi misi antarabangsa dan tempatan termasuk pengurusan bencana banjir, tanah runtuh serta penyediaan gudang simpanan bekalan kecemasan.


"Peruntukan ini membuktikan kesungguhan kita memastikan usaha Mapim dan MIHC dapat dilaksanakan dengan lebih tersusun," ujarnya.


Dalam perkembangan berkaitan, Amirudin menyatakan komitmen Kerajaan Selangor untuk menyediakan beberapa bantuan sebagai tanda sokongan kepada delegasi Malaysia yang menyertai misi Global Sumud Flotilla (GSF) sebaik mereka pulang ke tanah air.


"Kita mahu pastikan pasukan flotila diberi sambutan dan sokongan rapi, bukan sahaja dari segi fizikal, tetapi juga kualiti persediaan dan strategi," jelasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page