top of page

Selangor pertimbang pelan induk perkasa sukan kanak-kanak

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Nov 21
  • 1 min read

ree

Kerajaan Selangor terus melangkah setapak kehadapan dalam usahanya membangun bakat muda sukan di negeri itu.


Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan di Dewan Negeri Selangor (DNS), Najwan Halimi (gambar) pada Khamis memaklumkan, pihaknya kini sedang mempertimbangkan cadangan untuk mewujudkan pelan induk pembangunan sukan kanak-kanak termasuk sukan basikal tolak (pushbike).


"Sukan basikal tolak semakin berkembang di Selangor. Oleh itu, kita akan berbincang dengan Majlis Sukan Negeri untuk membangunkan pelan sukan kanak-kanak termasuk pushbike.


"Berhubung bantuan kepada bakat muda, saya akan berbincang dengan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk menaja mereka yang mengharumkan nama Selangor," katanya dipetik.


Najwan sementara itu menjelaskan, pihaknya sentiasa menyokong mana-mana pihak atau agensi dalam mempromosikan aktiviti sukan di kalangan rakyat di negeri Selangor.


Aktiviti sukan seperti basikal tolak jelasnya bukan sahaja memberi manfaat kepada kesihatan fizikal, tetapi juga kepada mengisi masa dengan aktiviti berfaedah kepada keluarga.


"Setakat ini Kerajaan Negeri belum ada perancangan khusus untuk membina trek atau kawasan latihan khas bagi acara basikal tolak.

"Namun, semua keperluan dari sudut keselamatan akan dipastikan tersedia untuk setiap program penganjuran pushbike," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page