top of page

Selangor perkukuh usaha selesai isu perumahan strata - MB

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 11 minutes ago
  • 1 min read

DS Amirudin pada Majlis Pemberian Bantuan Projek Skim Ceria 2025 di di Hotel De Palma, Shah Alam
DS Amirudin pada Majlis Pemberian Bantuan Projek Skim Ceria 2025 di di Hotel De Palma, Shah Alam

Kerajaan Negeri Selangor terus memperkukuh komitmen menyelesaikan isu perumahan berstrata secara menyeluruh dengan memberi tumpuan kepada tiga keutamaan utama — pemilikan strata, naik taraf infrastruktur dan pembangunan sosial komuniti.


Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa usaha meningkatkan keselesaan penduduk akan digerakkan melalui peruntukan lebih besar, khususnya bagi pangsapuri berusia lebih 50 tahun yang memerlukan intervensi segera.


"Kerajaan Negeri sedang menyelesaikan isu paling asas iaitu hak milik strata yang tertangguh puluhan tahun.


"Menjelang 2026, kita sasarkan 10 kawasan apartmen akan berjaya diselesaikan isu strata," kata beliau dipetik pada Majlis Pemberian Bantuan Projek Skim Ceria 2025 di di Hotel De Palma, Shah Alam pada Selasa.

Amirudin sementara itu menjelaskan, ketiadaan hak milik strata menyebabkan penduduk terhalang daripada menikmati pelbagai manfaat, termasuk pelaksanaan cukai petak yang lebih teratur.


Justeru, kerajaan negeri menyediakan dana khas merangkumi pelan ukur, urusan guaman dan proses kelulusan tanah diselaras Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) bagi segera menangani-nya.


"Kerajaan Negeri juga akan memberi tumpuan kepada pembangunan sosial di kawasan pangsapuri, meliputi Program Rewang Komuniti, kemudahan perpustakaan dan inisiatif sosial lain.


"Isu perumahan bukan hanya berkisar kepada infrastruktur fizikal, tetapi juga tekanan hidup dan konflik sosial yang perlu dipulihkan," kata Amirudin lagi.

Selain itu tambahnya, peruntukan Skim Ceria akan ditingkatkan kepada RM5 juta berbanding RM3–4 juta sebelum ini, sebagai sebahagian usaha berterusan Kerajaan Negeri meningkatkan lagi keselesaan dan kesejahteraan penduduk.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page