top of page

Selangor perkukuh strategi jadi hab litar bersepadu serantau

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Sep 24
  • 1 min read

DS Amirudin mengadakan pertemuan bersama wakil firma pelaburan China Fortune-Tech Capital (CFTC)
DS Amirudin mengadakan pertemuan bersama wakil firma pelaburan China Fortune-Tech Capital (CFTC)

Oleh: Azuan Ab Rahman


Selangor akan terus memperkukuh langkah strategik untuk muncul sebagai hab utama industri litar bersepadu (IC) di rantau ini.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari menyatakan tekad itu selepas mengadakan pertemuan bersama firma pelaburan China Fortune-Tech Capital (CFTC) di Shanghai pada Selasa.


"Saya sempat bertemu CFTC, firma pelaburan yang menguruskan aset lebih RMB3 bilion dan fokus kepada industri litar bersepadu dari reka bentuk IC hingga bahan dan peralatan sokongan.


"Perbincangan bertumpu kepada usaha mengembangkan industri semikonduktor dan peluang memajukan Selangor IC Design Park sebagai hab reka bentuk litar bersepadu.


"Inisiatif seperti ini bukan sahaja melengkapi usaha negara dalam memperkukuh rantaian nilai semikonduktor tetapi juga mempercepat peluang komersial untuk startup reka bentuk tempatan," jelasnya menerusi satu perkongsian di Facebook.


Amirudin dalam rangka lawatan kerja rasmi ke China sehingga 30 September ini bagi meneroka potensi kerjasama dan pelaburan dari negara itu.


Sementara itu tambahnya, perbincangan membuka ruang kepada kerjasama pelaburan dan perkongsian pengalaman dalam pembangunan industri semikonduktor serta pertukaran pengetahuan yang nyata.


Inisiatif digerakkan Kerajaan Negeri secara berterusan akan meletakkan Selangor di barisan hadapan industri semikonduktor serantau serta menjana limpahan ekonomi kepada rakyat.


"Sekiranya pelaburan berjaya direalisasikan, ia akan membawa manfaat langsung kepada rakyat Selangor daripada peluang pekerjaan berkemahiran tinggi, program latihan teknikal graduan tempatan, sehinggalah rangkaian pembekal dan usahawan tempatan yang turut mendapat limpahan ekonomi," jelas Amirudin.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page