top of page

Selangor perkukuh sektor penjagaan sebagai agenda ekonomi sosial

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor akan memberi tumpuan membangunkan sektor penjagaan sebagai sebahagian agenda ekonomi sosial progresif.


Exco Kebajikan Masyarakat Selangor, Anfaal Saari (gambar) berkata, sektor penjagaan yang melibatkan wanita serta penjaga kepada Orang Kurang Upaya (OKU), warga emas dan kanak-kanak perlu diurus secara lebih sistematik dan berstruktur bagi memenuhi keperluan masyarakat yang semakin meningkat.


"Sektor penjagaan tidak seharusnya dilihat semata-mata sebagai kerja kebajikan, sebaliknya sebagai satu peluang pekerjaan yang mampu menjana pendapatan.


"Untuk tahun ini, saya melihat fokus kepada penjagaan, latihan dan juga pendanaan sosial. Kita akan memberi perhatian khusus kepada wanita dan juga caregiver (penjaga)yang menjaga OKU, warga emas dan kanak-kanak," katanya dipetik.


Komitmen Selangor terhadap ekonomi penjagaan dizahirkan melalui penganjuran Sidang Kemuncak Penjagaan Antarabangsa Selangor (SICS) 2025 di Kuala Lumpur, yang menghimpunkan pemain industri tempatan dan antarabangsa bagi memperkukuh ekosistem penjagaan.


Sidang kemuncak itu menampilkan sesi perbincangan dasar, padanan perniagaan serta pameran inovasi penjagaan, sekali gus memperlihatkan potensi Selangor untuk muncul sebagai Hab Penjagaan Rantau Asia-Pasifik.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page