top of page

Selangor perkukuh pendidikan, pacu sumber manusia berdaya saing

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Oct 6
  • 1 min read

ree

Kemajuan ekonomi Selangor berpaksikan kekuatan sumber manusianya, hasil keupayaan Kerajaan Negeri memperkukuh sektor pendidikan dan latihan bagi melahirkan tenaga kerja berdaya saing.


Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, negeri itu kekal sebagai destinasi utama migrasi sejak 1970-an dengan pertambahan dua juta penduduk dalam tempoh sedekad lalu.


Justeru jelasnya, Kerajaan Selangor ketika ini memberi tumpuan untuk memperkukuh dan menyedia sumber manusia yang berdaya tahan bagi mendepani cabaran semasa.


"Selangor mempunyai lebih 100 institut pengajian tinggi yang melahirkan sekitar 30,000 graduan setiap tahun. Ini menunjukkan kekuatan utama kita ialah pembangunan sumber manusia.


"Namun, kita perlu memastikan manusia yang kita lahirkan ini berdaya tahan dan tahan uji. Justeru, pendidikan menjadi kunci utama dalam membina kekuatan tersebut," katanya dipetik.


Amirudin berkata begitu pada Majlis Makan Malam Amal Jubli Perak Sekolah Menengah Sains Hulu Selangor (SEMASHUR) di Kuala Lumpur Sabtu malam.

Majlis menghimpunkan kira-kira 100 alumni serta warga pendidik itu turut dihadiri EXCO Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi dan Ketua Pegawai Eksekutif Media Selangor, Mohamed Fareed Ashaaree.


Sebagai simbolik ulang tahun jubli perak SEMASHUR, Amirudin mengumumkan sumbangan RM25,000 kepada sekolah itu.


"Saya berharap dana tersebut dapat digunakan bagi tujuan memperkukuh institusi pendidikan sekali gus melahirkan sumber manusia berdaya tahan seperti yang diharapkan," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page