Selangor perkukuh jalinan ekonomi, pendidikan dengan Indonesia
- Suara Keadilan

- Aug 13
- 1 min read

Oleh: Azuan Ab Rahman
Selangor menegaskan komitmen untuk terus muncul sebagai negeri utama pertumbuhan ekonomi melalui agenda negeri pintar yang pro-pelaburan dan mesra perniagaan.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkongsikan aspirasi itu dalam sesi Bicara Eksekutif anjuran PPM School of Management (PPMSOM) di Jakarta pada Isnin.
"Sesi itu disertai puluhan mahasiswa pasca-sarjana yang juga merupakan pemimpin peringkat C-Suite daripada syarikat-syarikat ternama Indonesia
"Saya berkongsi aspirasi Selangor sebagai negeri utama pertumbuhan ekonomi Malaysia melalui sumbangan peratusan terbesar KDNK negara sebanyak 26.2% pada tahun lalu," katanya menerusi perkongsian di Facebook.
PPMSOM merupakan sekolah tinggi pengurusan pertama di Indonesia yang diasaskan sejak 1967.
Dalam sesi itu, beliau turut mengundang komuniti perniagaan dari Jakarta untuk menyertai Selangor International Business Summit (SIBS) yang dijadual berlangsung Oktober depan.
"Terima kasih kepada PPMSOM atas ruang berdialog secara santai dengan para mahasiswa pasca-sarjana. Saya menantikan kedatangan mereka ke Selangor kelak, insya-Allah," katanya.
Selain hadir ke PPMSOM, Amirudin sebelumnya juga berkunjung ke Universitas Muhammadiyah Jakarta (UMJ) yang bertempat di Kota Tangerang Selatan untuk sesi bual bicara.
Pada sesi tersebut isu-isu berkaitan peranan Malaysia-Indonesia dalam menanggapi isu-isu ASEAN telah dibincangkan.









Comments