top of page

Selangor perkukuh ekonomi kreatif melalui program STEP

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 hours ago
  • 1 min read

ree

Penggiat industri kreatif diseru agar tidak hanya bergantung pada bakat semata-mata, sebaliknya melengkapkan diri dengan kemahiran keusahawanan dan pemasaran bagi menjana pendapatan mampan.


Exco Keusahawanan Selangor, Mohd Najwan Halimi (gambar) menegaskan, penggiat seni hari ini perlu melihat karya mereka sebagai produk yang boleh dipasarkan secara profesional bagi membina kerjaya jangka panjang.


Golongan kreatif hari ini perlu faham bahawa membina kerjaya dan tahu cara memasarkan diri adalah realiti sebenar. Terlibat dalam bidang seni tidak bermakna kita tidak boleh menjadikan keusahawanan sebagai salah satu platform.


"Seni ialah produk dan produk yang boleh dipasarkan. Jika digunakan dengan betul, bakat mampu menjadi sumber pendapatan," katanya.


Mohd Najwab berkata begitu pada Pelancaran Program Bakat Seni dan Keusahawanan Selangor (STEP) di Universiti Teknologi MARA (UiTM) Shah Alam pada Sabtu.


Program menghimpunkan lebih 500 pelajar yang menyertai pelbagai bengkel, aktiviti serta persembahan muzik dan seni sepanjang sehari penganjuran itu sebahagian daripada strategi Selangor memperkukuh ekonomi kreatif atau ekonomi jingga sebagai enjin pertumbuhan baharu negeri, selain membuka peluang kepada bakat muda menimba ilmu industri sebenar.


Pada majlis itu, beliau turut menyampaikan sumbangan RM5,000 kepada 30 pelajar berpendapatan rendah serta penyanyi Yazid Alias daripada kumpulan Sejati yang menghidap penyakit fizikal.


Turut hadir memeriahkan acara ialah tokoh seni tersohor Datuk Ramli MS, Man Kidal, Edrie Hashim, Datuk Ahmad Lothfi Ibrahim, Jaferi Achip serta kumpulan Dukes, Kombat Pilgrims dan The ExActs.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page