Selangor perkenal kaedah baharu bantu proses pemutihan tahfiz
- Suara Keadilan
- 1 day ago
- 1 min read

Kerajaan Negeri Selangor terus komited memperkasa institusi tahfiz dengan memperkenalkan kaedah baharu melalui Program Pemutihan Tahfiz 2.0.
Exco Hal Ehwal Agama Islam Dr Fahmi Ngah berkata, usaha itu bagi memastikan sekolah aliran agama persendirian yang beroperasi di negeri itu dapat meneruskan operasi dengan lebih teratur dan selamat.
Tambahnya, pendekatan baharu itu akan diumumkan pada 1 Jun ini dan bertujuan menangani cabaran proses kelulusan yang memakan masa panjang, sekaligus memudahkan pihak sekolah mendapatkan sumbangan daripada pelbagai agensi dan penderma, sekali gus memperkukuhkan kelangsungan institusi tahfiz secara lebih sistematik.
"Kaedah ini bersifat sementara bagi memastikan institusi tahfiz dapat terus beroperasi tanpa mengabaikan aspek keselamatan pelajar dan guru," katanya dalam satu kenyataan.
Setakat ini, sebanyak 606 sekolah telah mendaftar di bawah program anjuran Persatuan Institusi Tahfiz Selangor (PITAS), memperlihatkan sambutan positif daripada pengusaha-pengusaha tahfiz di negeri ini.
Tahun lalu, Kerajaan Negeri melakukan beberapa pindaan dalam Program Pemutihan 2.0 untuk mengimbangi antara keperluan menjaga keselamatan pelajar dan keperluan pengusaha, termasuk menetapkan syarat minimum kebenaran merancang oleh pihak berkuasa tempatan serta keperluan pematuhan aspek keselamatan.
Inisiatif ini merupakan sebahagian daripada usaha berterusan Selangor untuk mewujudkan ekosistem pendidikan agama yang lebih berkualiti, teratur, dan di yakini masyarakat.
Comments