top of page

Selangor perkenal dasar ekonomi kreatif, bantu pemain industri digital



Kerajaan Negeri Selangor akan memperkenal dasar ekonomi kreatif bagi membangunkan usahawan dalam bidang berkenaan supaya lebih mampan dan berdaya maju.


Exco Belia, Sukan dan Keusahawanan Selangor, Najwan Halimi berkata, dasar itu dirangka selepas mengambil kira pandangan pemain industri seni digital dan pemegang taruh melalui sesi libat urus yang bakal diadakan.


"Kita akan kumpulkan pemain industri dan pemegang taruh untuk dapatkan maklum balas dan keperluan mereka melalui sesi Simposium Ekonomi Kreatif Negeri Selangor.


"Menerusi simposium ini, Kerajaan Negeri boleh lihat apa bidang dan keperluan yang boleh dibantu untuk penggiat industri kreatif


"Segmen ekonomi kreatif menjadi keutamaan Kerajaan Negeri kerana mereka kurang disantuni, kita ingin pastikan pemain industri yang berpotensi dan berbakat ini tidak ketinggalan," kata Najwan dipetik.


Beliau berkata begitu ketika merasmikan Majlis Pameran ‘Beyond by Bold 2024’ Seni Grafik dan Media Digital Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Alam semalam.


Beliau turut menjangkakan sesi libat urus itu dapat diadakan pada April ini.


Sementara itu tambahnya, Kerajaan Negeri akan melancarkan Dana Usahawan Madani Selangor pada bulan ini.


Dana berjumlah RM2 juta itu bertujuan untuk menggalak pemain industri seni digital mengembang inovasi mereka.


"Sebelum ini Kerajaan Negeri sediakan Dana Usahawan Mikro yang kita telah perkemaskan kepada Dana Usahawan Madani Selangor.


"Kita akan kembangkan pemberian dana melalui skop baharu ini bukan sahaja kepada usahawan konvensional seperti pembuatan makanan yang diberikan geran malah kita akan luaskan kepada pemain industri ekonomi kreatif ini," katanya lagi.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page