top of page

Selangor pantau ajaran menyeleweng dalam talian



Kerajaan Negeri Selangor terus melaksana usaha bagi memastikan kesucian agama Islam di negeri itu terus terpelihara.


Exco Agama Islam dan Pembudayaan Inovasi negeri Dr Mohammad Fahmi Ngah berkata, bagi tujuan itu, sebuah jawatankuasa khas telah ditubuhkan melalui Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).


Jawatankuasa khas yang turut dianggotai oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) itu diwujudkan bertujuan mengawal dan mengekang segala bentuk pengajaran dan bahan-bahan dakwah dalam talian.


Ia bagi memastikan ajaran yang bercanggah dengan enakmen, fatwa, undang-undang syariah dan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah di negeri itu tidak tersebar.


"Jawatankuasa khas ini ditubuhkan untuk melihat perkara seperti itu termasuk membabitkan soal penguatkuasaan (bahan dalam talian) antaranya bagaimana penguatkuasaan boleh dibuat jika alamat protokol Internet (IP) berada di luar (Selangor).


"Semua ini kita teliti dan sedang menetapkan kaedah serta cara bagaimana untuk mengekang serta mengawal perkara-perkara sebegini," katanya dipetik pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di Shah Alam pada Khamis.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page