top of page

Selangor negeri pertama lulus pindaan sidang dewan secara hibrid


Selangor mencatat sejarah sebagai negeri pertama di Malaysia yang membolehkan sidang Dewan Undangan Negeri dilaksanakan secara hibrid.


Speaker Ng Suee Lim berkata pindaan ke atas Peraturan Tetap 21 dan 69(4) membolehkan persidangan secara maya dijalankan sekiranya berlaku situasi luar jangka yang mendatangkan kemudaratan seperti pandemik Covid-19.


"Ia telah diluluskan semua Ahli Dewan Negeri (ADN) untuk diserah kepada jawatankuasa peraturan tetap bagi membincangkan pengisian yang rapi.


"Selepas ini jawatankuasa tetap dipengerusikan saya bersama enam lagi ahli termasuk pembangkang akan bersidang dan bermesyuarat bagi membincangkan pengisian lebih jelas supaya dibentangkan pada persidangan akan datang untuk diluluskan," katanya semalam.


Menurut Speaker Dewan Negeri itu lagi, persidangan secara hibrid itu adalah pilihan terakhir sekiranya situasi benar-benar di luar jangka.


"Kita harap pandemik Covid-19 ini dapat dikurangkan kerana kalau boleh kita tidak mahu mengadakan persidangan seperti itu," katanya lagi.


0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page