top of page

Selangor negeri pertama anjur program Jelajah MADANI peringkat negeri



Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bersetuju program Jelajah MADANI bagi peringkat negeri dimulakan di Selangor.


Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata, persetujuan itu dinyatakan Anwar pada mesyuarat Kabinet yang diadakan pada Rabu susulan kejayaan penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI di Pekarangan Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur pada Disember lepas.

"Kita akan umumkan, mungkin minggu depan mengenai tarikh dan lokasi program ini," kata Fahmi yang juga jurucakap Kerajaan Perpaduan.


Penganjuran Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI selama dari 8 hingga 10 Disember lalu di perkarangan Stadium Bukit Jalil disifatkan berjaya mencapai matlamat untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan kepada rakyat.


Dihadiri lebih 230,000 orang, program yang menghimpunkan semua kementerian 'di bawah satu bumbung' itu menyediakan 102 perkhidmatan melibatkan 36 reruai kaunter di satu lokasi.


Fahmi ketika ditemui semasa program itu dilaporkan berkata penganjuran Jelajah MADANI akan diadakan di peringkat negeri dan mencadangkan semua kementerian untuk turut serta mempamerkan inisiatif serta pencapaian kerajaan yang khusus bagi negeri berkenaan.

0 comments

Comments


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page