Selangor naikkan had pendapatan ke RM6,000 layak dapat air percuma
- Suara Keadilan

- Dec 30, 2025
- 1 min read

Kerajaan Selangor memperluaskan program air percuma apabila menaikkan kadar kelayakan pengguna kepada had pendapatan hingga RM6,000 berbanding RM5,000 sebulan sebelum ini.
Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata kemudahan itu diberikan bagi membolehkan lebih ramai keluarga terus menikmati kemudahan air bersih percuma.
"Alhamdulillah, had pendapatan Skim Air Darul Ehsan (SADE) sekarang telah dinaikkan daripada RM5,000 kepada RM6,000 supaya lebih ramai keluarga terus dibantu dengan diberi air bersih percuma," kata beliau dalam hantaran di Facebook.
Amirudin berkata program SADE yang menelan kos mencecah RM52.7 juta setiap tahun itu disasarkan kepada mereka yang benar-benar memerlukan agar kelangsungan bekalan air dan pelan perancangan penukaran paip dapat dilaksanakan.
Dalam pada itu, Pejabat Setiausaha Keraiaan Negeri Selangor memaklumkan permohonan bagi SADE dibuka semula mulai 29 Disember lalu.
"Orang ramai boleh membuat permohonan melalui portal rasmi Aplikasi KitaSelangor Sepadu (AKSES) di https://akses.selangor.gov.my/," katanya.
Program air percuma 20 meter padu pertama yang diperkenal sejak 2019 itu telah memberi manfaat kepada kira-kira 1.3 juta penerima.




Comments