top of page

Selangor nafi Tanah Rizab Melayu turun mendadak



Kerajaan Selangor menafikan dakwaan seorang pemimpin Perikatan Nasional (PN) di negeri itu mendakwa keluasan Tanah Rizab Melayu (TRM) di Selangor turun mendadak seperti dilapor portal Malaysia Gazzete pada 10 April lalu.


Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Haris Kasim dalam satu kenyataan berkata dakwaan Ketua Pesuruhjaya Pas Selangor Dr Ahmad Yunus Hairi tersebut tidak tepat berdasarkan fakta keluasan TRM di negeri itu menunjukkan peningkatan berbanding sebelum negara mencapai kemerdekaan.


"Berdasarkan data yang direkodkan keluasan TRM di Selangor menunjukkan peningkatan berbanding sebelum hari Merdeka.


"Sehingga Februari 2023 TRM di Selangor adalah seluas 162,508.97 hektar, meningkat sebanyak 29.1 peratus berbanding pada 1948 seluas 125,845.00 hektar," katanya.


Haris turut menegaskan Kerajaan Negeri sentiasa berusaha secara berterusan untuk mengekalkan dan mengawal keluasan TRM sedia ada termasuk melakukan pemantauan secara rapi dengan setiap pembatalan tanah berkenaan perlu digantikan.


"Sehingga kini, terdapat peningkatan dan penurunan data keluasan TRM di Selangor dalam tempoh tersebut akibat daripada kesan pembatalan serta penggantian TRM.


"Ia bertujuan untuk pembangunan infrastruktur awam dan pengambilan balik tanah untuk kemudahan awam seperti pembinaan lebuh raya, lapangan terbang, loji rawatan air dan sebagainya," jelasnya lagi.

Dalam kenyataan sama Haris turut menegaskan pemantauan dibuat melalui pemakaian Pekeliling Pengarah Tanah dan Galian Selangor (PTGS) Bil. 7/2001 mengenai Dasar dan Garis Panduan Pembatalan dan Penggantian Tanah Rizab Melayu serta Pekeliling PTGS Bil. 3/2015 mengenai Garis Panduan Urusan Pembatalan dan Penggantian TRM Semasa Pengambilan Tanah Bagi Tujuan Awam Atau Kemudahan Awam Bagi Kegunaan Kerajaan Negeri Dan Kerajaan Persekutuan Di Negeri Selangor Darul Ehsan.


Usaha dilakukan Kerajaan Negeri itu jelasnya, turut mendapat pengiktirafan daripada Kerajaan Malaysia melalui penerimaan Sijil Penghargaan Amalan Terbaik Pengumpulan Data Tanah Rizab Melayu yang telah disampaikan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semasa Mesyuarat Majlis Tanah Negara yang diadakan pada 3 Dis 2018.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page