top of page

Selangor - N Sembilan usahasama ladang jagung skala mega



Kerajaan Selangor dan Negeri Sembilan semalam mencipta sejarah baharu apabila bersetuju mengusahakan ladang jagung skala mega di sempadan negeri masing masing bagi mengurangkan import negara.


Usahasama tersebit dimeterai antara kumpulan Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) dan Menteri Besar Negeri Sembilan (Pemerbadanan (MBINS)), dua syarikat berkaitan kerajaan negeri dan disaksikan oleh Menteri Besar (MB) Selangor Datuk Seri Amirudin Shari serta Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar atas, Selangorkini) di Dewan Orkid PKPS.


Menurut Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi dari MBINS, projek tersebut berupaya menjana pendapatan sebanyak RM10.7 juta setahun dengan harga pasaran jagung semasa sekitar RM1,950 per tan.


“Besar harapan agar projek ini dapat dimanfaatkan dalam perancangan strategik khususnya berkaitan sekuriti makanan seterusnya mengawal harga makanan ternakan ayam,” katanya dipetik dalam ucapan sempena majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) petang semalam.


MB Selangor pula dalam ucapannya berkata, projek tanaman jagung itu dilaksanakan menerusi Program Inisiatif Sekuriti Makanan.


"Projek ini sebagai tanda komitmen untuk menyelesaikan isu kenaikan harga makanan ayam sekali gus mengurangkan kebergantungan jagung bijirin import.


"Projek ini akan bermula sebaik kerja pembersihan selesai yang dijangka pada suku ketiga tahun ini.


"Projek di atas tanah seluas 283.2 hektar (700 ekar) di kedua-dua kawasan itu membabitkan peruntukan sebanyak RM3 juta," katanya.


Dijangka andainya hasil jagung ladang berkenaan dituai maka ia akan mampu mengurangkan import sehingga dua hingga tiga peratus.


Jagung meningkat harganya sejak kebelakangan ini akibat peperangan di antara Rusia dan Ukraine. Malaysia sebelum ini mengimport jagung dari kedua dua negara itu dan bekalannya kini terhad.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page