top of page

Selangor mulakan program vaksinasi sektor industri 28 Jun

Updated: Jul 22, 2021


Kerajaan Selangor akan memulakan program vaksinasi Covid 19 bagi sektor industri, perniagaan dan tapak pembinaan pada 28 Jun ini.


Exco Pelancongan, Alam Sekitar & Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli, Hee Loy Sian (kanan sekali) berkata, program tersebut akan melibatkan 20 Pusat Pemberian Vaksin (PPV) berskala mega di seluruh negeri.


"Kita akan mula pada 28 Jun untuk industri, perniagaan dan tapak pembinaan. Kita telah ada PPV kita sendiri dan kita akan berkerjasama dengan 1,200 klinik swasta yang ada panel dokter bersama program Peduli Sihat,


"Panel klinik akan digunakan untuk membuat suntikan vaksin," katanya dalam program saringan Covid 19 Fasa 3 di Dewan Sri Cempaka Saujana Impian, Kajang, semalam.


Mengenai harga yang dicaj kepada majikan sektor berkenaan, Hee tidak mengumumkan secara tepat. Katanya, pihak majikan akan membayar kos vaksin untuk pekerja mereka.


Manakala Kerajaan Selangor akan memberi 500,000 suntikan vaksin percuma kepada barisan hadapan, kakitangan Kerajaan Negeri, penjaja dan golongan yang difikirkan berisiko tinggi.


"Kalau ikut pelan yang diumumkan memang berbayar. Kita bukan free. Kita beli dari Pharmaniaga RM102 satu dos vaksin. Kita ada kos pengendalian (handling cost). Kalau tengok yang lain (MITI dan sebagainya) yang buat (suntikan vaksin), ada kos pengendalian RM50 - RM110 dicampur kos vaksin.


"Cuma kita bukan untuk berniaga. Kita membantu industri supaya boleh teruskan operasi mereka. Kita akan caj majikan dan majikan tidak boleh caj pekerja mereka. Hanya majikan yang mahu beri vaksin percuma kepada pekerja kita bagi laluan. Kalau caj pekerja kita tak beri laluan. Itu keutamaan kita," katanya.


Mengenai ujian saringan di Kajang berkenaan, Hee berpuas hati dengan kehadiran rakyat yang melakukan saringan.


Program saringan itu juga menyediakan ujian secara pandu lalu dan mendapat sambutan ramai


"Selepas buat fasa kedua, di sini mencapai 8.8% kes positif. Hari ini buat fasa ketiga untuk kumpukan warga Kajang datang buat saringan. Sasaran kita sekitar 2,000 orang.


"Respons pandu lalu memang bagus. Mereka rasa lebih selamat. Tak perlu tunggu lama, selesa tunggu di kereta. Proses sangat cepat, hanya buat test dan balik, kemudian dapat keputusan," katanya lagi.



0 comments

Recent Posts

See All

Comentarios


PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page