top of page

Selangor mula skim merakyat ekonomi, teruskan kemenangan dalam PRN



Selangor menghadapi cabaran kononnya pembangkang PN mampu berbuat lebih baik kepada rakyat sedangkan Kerajaan Pakatan Harapan adalah yang memulakan skim merakyatkan ekonomi di Malaysia.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri KEADILAN Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, pembangkang hanya boleh mengandaikan mereka akan berbuat lebih baik tetapi Kerajaan PH telah membuktikan dengan pelbagai skim sejak 2008.


"PRN kali ini akan berlangsung di 6 negeri merupakan perjuangan penting bukan hanya untuk memastikan suara kita terus berada di dalam dewan. Bukan hanya untuk kita mengukuhkan dan mengekalkan kemenangan, bukan hanya untuk kita rampas negeri Kedah, Terengganu dan Kelantan tetapi yang penting bagaimana kita kena berusaha untuk melunaskan tanggungajwab kepada rakyat.


"Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan kita ada contoh (skim bantuan), Selangor negeri pemula, Pulau Pinang kemudian ada beberapa inisiatif.


"Kepada rakyat hari ini, menjadi dendangan kepada pihak lawan kononnya mereka akan membuat lebih baik. Tetapi idea asal kita membuktikan telah memberikan perhatian, bantuan, sokongan kepada rakyat, tak memiskinkan negeri, tak mundurkan negeri, sebaliknya memajukan negari dengan lebih baik," katanya dalam Majlis Pengumuman Calon KEADILAN di Shah Alam, malam tadi.


Kata Amirudin, menjadi pembangkang tidaklah terlalu sukar kerana hanya mengkritik dan mentohmah kerajaan namun tugas berat mananti wakil rakyat kerajaan untuk menunaikan janji yang telah dibuat pada pilihanraya.


Wakil rakyat PH, katanya, terbukti telah mampu menunaikan banyak janji yang dibuat dalam pilihanraya terdahulu.


"Rakyat mendambakan suatu progres perkembangan kepada kehidupan mereka dan negeri kita yang dicintai


"Dengan segala keinginan itu, sejak hari pertama jadi ahli dewan negeri sampai sekarang bahawa yang penting bukan hanya kemenangan, nama menjadi YB atau pemimpin, ahli dewan negeri tetapi bagaimana kita terjemahkan idealisme perjuangan dan landasan perjuangan yang ingin kita laksanakan.


"Menjadi suara pembangkang bukan terlalu sukar tetapi menjadi kerajaan bukanlah senang lenang dan mudah kerana ada tuntutan untuk kita laksanakan.


"Untuk mendapatkan kerusi dan tempat bukan mudah, tetapi lebih sukar selepas mendapat amanah untuk menunaikan segala janji membawa negara kita bersama sama ke arah pembangunan dan melakukan perubahan," katanya.


Amirudin juga menolak spekulasi prestasi negeri Selangor hanya bergantung kepada seorang, dua tokoh yang hebat menerajui negeri.


Sebaliknya sepanjang pengalaman beliau, katanya, kemajuan negeri boleh diteruskan dengan kerjasama mantap semua pimpinan menggembleng idea dan berusaha bersama sama menjayakan agenda yang ditetapkan.

0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page