top of page

Selangor mula laksana program vaksin Influenza A percuma minggu ini

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 15 minutes ago
  • 1 min read
ree

Kerajaan Negeri Selangor terus menunjukkan komitmen tinggi dalam melindungi kesihatan awam serta memastikan persekitaran pembelajaran yang lebih selamat dan sejahtera.


Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, pihaknya akan memulakan program pemberian suntikan vaksin Influenza A secara percuma minggu ini dengan tumpuan kepada pelajar sekolah di empat daerah di negeri itu yang mencatat kadar jangkitan tertinggi.


"Pemberian vaksin percuma ini dilaksanakan di bawah portfolio EXCO Kesihatan Awam, Jamaliah Jamaluddin, dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Selangor.


"Kita mulakan di empat daerah terlebih dahulu berikutan peningkatan kes Influenza yang agak tinggi," katanya dipetik selepas lawatan ke SMK Sijangkang Jaya, Kuala Langat pada Khamis.


Empat daerah terbabit ialah Hulu Langat, Gombak, Klang dan Petaling.


Kerajaan Negeri menerusi Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM1 juta bagi pelaksanaan program tersebut.


Ia susulan laporan Kementerian Kesihatan (KKM) berhubung peningkatan kes Influenza yang menandakan trend jangkitan yang semakin meningkat di negara ini, khususnya melibatkan kluster sekolah dan tadika.

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2020 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page