top of page

Selangor mula beri vaksin Covid 19 kepada remaja 24 Oktober



Kerajaan Negeri Selangor akan mula memberi vaksin Covid 19 kepada remaja menerusi Program SelVax Remaja bagi yang berumur 12 tahun ke atas bermula 24 Oktober ini.


Menurut Menteri Besar (MB) Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari, program pertama kali itu akan dijalankan di Dewan Serbaguna MPK Pandamaran Jaya, Klang.


"Program ini merupakan inisiatif Kerajaan Negeri dalam mempercepatkan vaksinasi remaja serta membantu melancarkan proses pembukaan institusi pendidikan di negeri Selangor," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut kenyataan itu lagi, sehingga kini seramai 3,416 nama pelajar telah diterima melibatkan institusi pendidikan.


Sebanyak 1,235 pelajar dari Maahad Integrasi Tahfiz Selangor (MITS), 1,181 pelajar dari Sekolah Rendah Agama Islam Integrasi (SRAI) dan 1,000 pelajar dari 50 buah Maahad Tahfiz di negeri Selangor.


"Program SelVax Remaja akan dilaksanakan di beberapa lokasi PPV antaranya di DUN Pelabuhan Klang, DUN Tanjung Sepat, DUN Bukit Lanjan, DUN Pandamaran dan lain-lain yang akan beroperasi dari jam 9 pagi sehingga 5 petang.


"Program ini akan menggunapakai kaedah pra-pendaftaran melalui kod baucer di aplikasi SELangkah sebagaimana telah dilaksanakan sebelum ini


"Bagi melancarkan proses pemberian vaksinasi, pihak sekolah akan diberikan kod baucer khusus membolehkan para pelajar melakukan pendaftaran kendiri di aplikasi SELangkah. Pihak Selcare akan turut membantu proses pendaftaran pelajar yang tidak mempunyai telefon bimbit atau tidak mempunyai akses kepada aplikasi SELangkah.


"Pihak sekolah juga akan dibekalkan dengan borang persetujuan vaksinasi yang akan diisi oleh ibu bapa bagi para pelajar terlibat sebelum suntikan diberikan," katanya lagi.


Tambah MB, Selain membabitkan pelajar sekolah, program itu turut dibuka kepada pendaftaran remaja yang tidak bersekolah, warganegara dan bukan warganegara yang masih belum menerima temujanji vaksinasi dos pertama dan penerima vaksin SelVax yang terlepas temujanji dos kedua.


Bagi memastikan tiada warga Selangor yang tercicir dari program vaksinasi, katanya, Program SelVax Komuniti akan diteruskan di klinik-klinik Selcare bermula 28 Oktober 2021 dan klinik panel di seluruh Selangor bermula 1 November 2021. Maklumat lanjut berkenaan Program SelVax boleh didapati menerusi laman sosial serta aplikasi SELangkah dan Media Selangor.


0 comments

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 NEGARA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
8,075
76
15,456
Total
2,285,640
26,759
2,116,021

Sumber dari Kementerian Kesihatan Malaysia

PERKEMBANGAN TERKINI COVID 19 DUNIA

Title
Jumlah Kes
Kematian
Pulih
Kes Baru
393,631
6,015
582,401
Total
236,060,214
4,821,346
211,396,635

Sumber dari WHO (World Health Organization)

TWITTER

bottom of page